.

Ahad, 29 April 2012

Filem Minggu Ini: Berani Punya Budak



Apalah salah kami kiranya review bagi filem tempatan kami selitkan buat tatapan di hujung minggu sebegini. Lupakan seketika filem aksi yang lain yang sedang mewarnai pawagam seluruh negara pada masa ini.
Filem Berani Punya Budak merupakan filem arahan Afdlin Shauki yang membuat penampilan di pawagam seluruh negara bermula 26 April 2012 yang lalu. Pasti anda merindui sentuhan beliau setelah filem beliau yang terakhir tidak lama dahulu.
Filem ini mengisahkan bagaimana 2 orang saudara kandung yang membawa diri ke Malaysia setelah kecelakaan menimpa ketika berada di negara orang.
Setibanya di Malaysia,mereka ditahan di lapangan terbang olek pihak berkuasa kerana mereka telah disenarai hitamkan oleh pihak Interpol. Bermulalah kisah ‘flashback’ yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik di samping elemen komedi gaya Afdlin Shauki yang diselitkan. 
Garapan yang ditampilkan oleh pengarah,Afdlin Shaukimenerusi filem ini memberi kelainan berbanding filem-filem beliau sebelumnya. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani membuat kelainan untuk filem ini. Namun terdapat sedikit kekurangan dari segi ‘Voice Over’ (VO) yang diselitkan ketika adegan aksi berlaku sedikit sebanyak mencacatkan adegan tersebut.
Sedikit sejarah mengenai filem ini, filem ini sebenarnya telah ditayangkan diluar negara sebagai filem aksi dengan tajuk yang berbeza iaitu ‘The Brave’. Pengolahan telah dibuat oleh Afdlin Shauki sendiri menerusi proses VO lalu filem ini bertukar genre untuk tayangan rakyat Malaysia kepada filem bergenre komedi. Bukan kerana ‘double standard’ tetapi pengarah mempunyai alasan tersendiri menukar genre filem kerana masalah cetak rompak yang melanda menyebabkan filem ini sukar untuk dipasarkan.
Menampilkan Afdlin Shauki sebagai teraju utama di samping Mike B yang merupakan pelakon dari negara Thailand. Turut membintangi filem ini adalah Adlin Rahman Ramli, Awie, Johan, Sahrifah Sofea, Nabil, Riezman Khuzaimi, Ozlynn dan ramai lagi.
Elemen komedi menjadi elemen utama bakal membuatkan anda sedikit terhibur serta telatah-telatah pelakon yang akan membuatkan anda ketawa ketika menikmati filem ini.Jangan terlalu berfikir ketika menonton filem ini,sememangnya anda hanya perlu melayan sahaja jalan ceritanya.
MyOnlineNews rating 3/5


Bandar Raya Kuala Lumpur Kembali Pulih



KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi tumpuan awam pada hujung minggu di sekitar ibu kota kembali pulih menjelang 7 malam Sabtu selepas hampir lumpuh selama tujuh jam ekoran perhimpunan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang.
Peserta perhimpunan yang mula memasuki ibu negara seawal pagi di beberapa lokasi pertemuan yang paling berdekatan dengan Dataran Merdeka antaranya Masjid Negara, Masjid Jamek dan Menara Maybank akhirnya bersurai secara berperingkat.
Walaupun sekitar kawasan itu kembali ‘hidup’ semula, tinjauan Bernama mendapati anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan peserta perhimpunan itu tidak berkumpul semula.
Namun begitu, masih ada segelintir peserta perhimpunan masih berlegar di sekitar Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.
Beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila demonstran meninggalkan lokasi tersebut. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang media selepas itu memaklumkan polis telah menjalankan tugas dengan profesional dalam menangani perhimpunan yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka.Dilaporkan seramai 388 demonstran telah ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini sehingga 8 malam ini.
Di IPOH, satu perhimpunan di perkarangan Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah berakhir kira-kira 3.30 petang tanpa kejadian yang tidak diingini tetapi cuma kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran tempat perhimpunan.
Di MELAKA, beberapa anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas di kawasan perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lyle berkata kejadian tersebut berlaku ketika petugas MBMB dan polis menghalang peserta perhimpunan itu yang dikhuatiri mengganggu pertandingan pancaragam di dataran tersebut. -MyOnlineNews

Air ‘sirap’ telaga Pasir Puteh berbahaya



KOTA BHARU – Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan semalam mengingatkan orang ramai supaya jangan meminum air daripada sebuah telaga di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh kerana dipercayai mengandungi kandungan besi yang berlebihan dan boleh mendatangkan komplikasi buah pinggang.
Timbalan Pengarahnya, Abd. Rashid Ahmad berkata, fenomena air bertukar merah itu bukan peristiwa aneh khususnya di negeri ini memandangkan bentuk buminya mempunyai banyak kandungan mineral termasuk besi.
Menurutnya, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009 Kementerian Kesihatan, kadar kandungan besi dalam air yang selamat diminum hanya 0.3 miligram seliter.
Cuba kering telaga
Menurutnya, mereka hanya menggunakan ia untuk tujuan membersihkan diri sahaja dan bersyukur kerana setakat ini air yang digunakan itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan mahupun kulit mereka.
Ramli berkata, sudah beberapa kali dia cuba mengeringkan air telaga tersebut bagi mencari punca kejadian itu berlaku tetapi gagal apabila air yang keluar masih lagi berwarna merah.
“Daripada pemerhatian saya dan beberapa rakan, kami dapati air berwarna merah tersebut keluar dari mata air yang terdapat di dalam telaga itu.
“Kami sudah menyedut keluar semua air sehingga tinggal tanah sahaja tetapi tidak sampai sejam air mulai keluar semua dan masih berwarna merah.
“Jadi saya berharap jika ada pihak yang berkaitan membaca berita ini diharap mereka tampil untuk membuat pemeriksaan kerana saya ingin mengetahui punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.
Sekadar ingin lihat
Ramli berkata, disebabkan kejadian itu, telaga miliknya kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat sendiri kejadian aneh berkenaan.
Fenomena luar biasa tersebut mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk setempat apabila ramai yang datang mengambil air itu untuk dijadikan minuman kerana bagi mereka ia dikatakan anugerah daripada Allah.
Mereka yang ingin menyaksikan sendiri keanehan tersebut boleh ke tempat kawasan terletak berhampiran pintu gerbang ke Pantai Bisikan Bayu, di sini.
Seorang penduduk, Abdul Wahid Jusoh berkata, dia dan penduduk lain tidak percaya kepada air itu tetapi kerana ia merupakan pertama kali berlaku dan kewujudannya begitu misteri, menyebabkan mereka berminat mengambil air tersebut dan disimpan.
“Ada penduduk yang cuba memasukkan ikan peliharaan ke dalam air itu dan tiada apa yang berlaku malahan ikan itu dapat hidup seperti biasa,” katanya.
Menurutnya, siapa tahu mungkin air tersebut mempunyai khasiat serta keistimewaannya tersendiri.
Bagaimanapun katanya, mereka hanya sekadar suka-suka dan ingin melihat lebih dekat anugerah Allah tersebut. - MyOnlineNews

Kutip Otak ayah tengah jalan



DUNGUN: Seorang anak perempuan tidak dapat menahan kesedihan ketika mengutip cebisan otak ayahnya yang bertaburan di jalan selepas warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Othman Muda, 69, tercampak 20 meter selepas dilanggar kereta Satria Neo ketika melintas jalan dari rumahnya di Gong Gemia untuk ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang datang dari arah Dungun gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang ketika itu melintas dan rempuhan itu menyebabkan otak mangsa bertaburan di atas jalan.
Difahamkan, anak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan ayahnya terbabit dalam kemalangan sebelum dilihat memasukkan cebisan otak mangsa ke dalam beg plastik kecil.
Sebaik jenazah ayahnya dibawa ke Hospital Dungun, wanita berusia 40-an itu kemudian menaiki kereta dipandu saudaranya sebelum meletakkan beg plastik itu di sisi jenazah ayahnya di Bilik Mayat Hospital Dungun. - MyOnlineNews
-Pengorbanan anak ini sangat besar dan ikhlas-

Khamis, 26 April 2012

emaja diekori harimau meninggal kerana trauma



KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.
 
Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.
 
Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.
 
“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.
 
“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.
 
Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

 
Sentiasa ketakutan
 
ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.
 
Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.
 
“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.
 
Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.
 
Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.


 
Hilang mata pencarian
 
DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
 
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.
 
“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.
 
“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.
 
Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.
 
*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300. -MyOnlineNews

Fida Dan Mamat Sepah Berkasih Kembali?



Selepas bergaduh boleh tahan nak rak, tetiba hubungan Fida dan Mamat Sepah kembali baik.
Bukan hendak busuk hati ke apa, tapi perangai seorang-sorang cam haram.
“Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.
“Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula.
“Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya.
“Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama.
“Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan,”katanya yang ditemui ketika siri jelajah pertama Barisan Artis Nasional di Ipoh Perak, baru-baru ini.
Oklah, memandangkan kali ini dah ok balik, so janganlah ada hal lagi.
Dan Fida juga menafikan dia menjadi isteri kedua kepada VIP.
Alasanya; “Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu.
“Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya.
Pelakon berusia 26 tahun itu berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana pada waktu yang dia diakatan berkahwin itu, dia sebenarnya sedang berada di lokasi penggambaran sebuah drama. - MyOnlineNews

Man. City Lawan Harimau Malaya Pada 30 Julai



KUALA LUMPUR – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.
“Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
“Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik,” katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini pada Rabu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More