.

Isnin, 23 April 2012

Program Bersama Tun M Sabtu Ini Dibatalkan





GEORGETOWN – Program Bicara Minda Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianjurkan Perhubungan Veteran UMNO Pulau Pinang pada 28 April ini dibatalkan.
Pengerusi Penerangan, Zaini Hassan berkata, program itu yang dijadualkan Sabtu ini pada jam 2 hingga 5 petang terpaksa dibatalkan kerana Tun Mahathir dinasihatkan untuk berehat selepas menjalani pembedahan kecil membuang polip nasum (nasal polyps) pada 10 April lalu.
Dr Mahathir yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dibenarkan pulang Khamis lalu.
Zaini berkata, program itu mendapat sambutan baik dengan seramai 500 hadirin dijangka hadir. -MyOnlineNews

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More