.

Isnin, 23 April 2012

Remaja Maut Langgar Pacuan 4×4



KUANTAN – Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) berhampiran sebuah stesen minyak di Cendering dekat Jalan Pintasan Kuantan, di sini awal pagi semalam.
Mangsa, Afiq Fakrullah Mohamad, 18, dari Kampung Permatang Arang, Pekan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang menuju ke Pelabuhan di sini.
“Sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
“Akibat itu, Afiq yang parah di bawa ke HTAA untuk rawatan lanjut tetapi disahkan mati kira-kira pukul 12.00 tengahari ini,” katanya di sini hari ini.
Katanya, semasa kejadian jalan lurus dua lorong dan cuaca juga baik kes masih lagi dalam siasatan lanjut dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -MyOnlineNews

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More