.

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Man. City Lawan Harimau Malaya Pada 30 Julai



KUALA LUMPUR – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.
“Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
“Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik,” katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini pada Rabu

Rabu, 25 April 2012

RM1 Juta Menanti Atlet Negara Pertama Dapat Pingat Emas Olimpik!



KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat swasta sanggup menyumbang RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama dalam kejohanan Olimpik London, Julai ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Seu yang mengumumkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti syarikat tersebut buat masa ini.
Menurut beliau, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada keputusan rasmi mengenainya.
“Saya harap lebih banyak lagi pihak terutamanya syarikat swasta tampil untuk memberi sumbangan.
“Bukan saja untuk ganjaran pingat emas Olimpik. tetapi juga sebagai penaja kepada program pembangunan sukan yang dijalankan kerajaan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian rancangan televisyen ”Jejak ke London” di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama Olimpik.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan atlet ke London iaitu ratu terjun, Pandelela Rinong; rakan sepasukan Bryan Nickson Lomas serta atlet memanah, Cheng Chu Sian. - MyOnlineNews

Isnin, 23 April 2012

Motocross: Pelumba Wanita Cabar Pelumba Lelaki



ALOR SETAR – Sukan motocross merupakan sukan lasak yang biasanya didominasi oleh pelumba lelaki yang lebih agresif menunggang dan mengawal motosikal dalam keadaan laluan yang berbukit serta berlandai.
Namun bagi Nor Shamira Nor Azahar, 17, dari Ipoh, Perak, dia merupakan antara tiga peserta wanita yang bersaing bersama peserta lelaki pada Kejohanan Motocross Terbuka 1Malaysia di Naka, Kuala Nerang dekat sini semalam.
Dia telah menunjukkan persembahan yang sama hebat dengan peserta lelaki.
Pada kejohanan ini, dia menunggang Honda CR250F yang bernilai RM29,000 mewakili pasukan Renger MX Racing Team di bawah bimbingan bapanya Nor Azahar Ismail, 56.
Namun pelajar Tingkatan Lima Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah ini sekadar menduduki tempat ke-10 dari 20 peserta yang bertanding dalam acara Novis, disebabkan masalah teknikal pada motosikalnya.
Pada kejohanan yang sama tahun lalu, Nor Shamira yang telah menyertai lebih daripada 50 kejohanan di dalam dan luar negara, merupakan johan bagi kategori Novis. - MyOnlineNews

Impian MU rai gelaran awal 'tersekat'



IMPIAN penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meraikan lebih awal kejuaraan ke-20 tersentak apabila ia diikat Everton, 4-4 pada aksi menarik di Stadium Old Trafford sebentar tadi.
Pelawat terlebih dahulu merobek gawang The Red Devils, seawal minit ke-33, menerusi penyerang dari Croatia, Nikica Jelavić sebelum Wayney Rooney menyamakan kedudukan emapt minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Rooney menjaringkan dua gol dalam perlawanan hari ini manakala dua lagi masing-masing satu oleh Danny Welbeck dan Nani.
Everton yang ketinggalan 4-2 mempamerkan aksi dramatik untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit 83 dan 85. Dua gol Everton dijaringkan pada minit 33 dan 67.
MU yang telah melengkapkan 35 perlawanan telah mengumpulkan 83 mata untuk terus kekal di tangga teratas persaingan EPL.
Manchester City yang bertemu Wolves pada jam 12 tengah malam ini (waktu Malaysia) berada di tangga kedua dengan 77 mata.
Jika Manchester City memperoleh tiga mata hari ini dan menang pertemuan dengan MU pada 30 April, maka ia akan kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.
Masih ada tiga perlawanan untuk dilalui termasuk pertemuan 30 April oleh kedua-dua pasukan ini. - MyOnlineNews

Manc City menang, Liverpool tewas



MANCHESTER City memperoleh mata penuh dengan menewaskan Wolves, sekali gus merapatkan jurang mata dalam usaha memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool tewas 0-1 kepada West Brom.
Gol Manchester City dijaringkan oleh Sergio Aguero dan Samir Nasri bagi membolehkan kelab itu hanya ketinggalan tiga mata di belakangan Manchester United (MU).
Kedua-dua pasukan itu telah mengumpulkan 83 dan 80 mata setakat ini.
Dalam perlawanan semalam MU hanya seri 4-4 dengan Everton.
Jika Manchester CIty mengatasi MU di padang sendiri pada 30 April ini, maka mereka akan berada di tangga teratas persaingan EPL.

Keputusan perlawanan semalam:
 
Manchester United (4) - Everton (4)
Liverpool (0) - West Brom (1)
Wolves (0) - Manchester City (2)
-MyOnlineNews

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More